Wednesday, July 11, 2012

Perjalananku

Beberapa hari yang lepas saya baca sebuah website yang amat terkenal di abad ini. Seorang remaja muda yang gigih berusaha di dalam menentukan corak hidupnya. Saya tidak mahu bercerita tentangnya tapi apa yang boleh saya katakan adalah saya kagum dengannya serta penulisannya yang sangat bermanfaat pada diri saya.

Di dalam dia menceritakan akan kisah hidup nya saya tertarik dengan kata2nya iaitu:

" Saya bukannya dimanjakan ummi dan abah, minta sahaja, dapat terus. Bukan. Saya dididik untuk berdikari, berusaha sendiri, untuk mendapatkan apa yang saya kehendaki ".

Sungguh...ia amat terkesan pada diri saya..beliau sama saja seperti saya. Walaupun statusnya lelaki tetapi saya perempuan tapi tiada bezanya antara saya dan beliau cuma hala tuju kami berbeza. Saya tidak dimanja oleh sesiapa, malahan dari seawal usia saya sudah mula berdikari sendiri sehingga ke hari ini. Apa yang saya kehendaki, saya mesti usaha sendiri.. saya dididik dengan sebegitu. Walau di dalam kehidupan saya penuh onak dan duri dan kdang kala tersungkur tapi saya kuatkan semangat dan pujuk diri untuk bangkit semula. Saya pujuk diri untuk tidak berputus asa dan hadapi sesuatu dengan tabah dan sabar. Saya mahu jadi seorang yang kuat!! Saya tahu Allah itu sentiasa ada bersama-sama saya dan Dia tahu apa yang terbaik buat diri saya.

Semoga penulisan ini sedikit sebanyak dapat membantu pembaca2 yang membaca blog ini dan semoga kalian dirahmati Allah selalu..Amin.

No comments:

Post a Comment