Saturday, July 7, 2012

Jadilah orang yang bertanggungjawab

Setiap orang ada tanggungjawab masing2..maka jagalah tanggungjawab itu dengan jujur dan amanah.
Pada pendapat saya, bila seseorang itu tidak mjaga tanggungjawab tersebut maka orang lain akan hilang hormat dan kepercayaan terhadap dirinya. Ingin saya kongsikan satu cerita yang ianya benar2 terjadi yang mana seorang ayah tidak menjaga tanggungjawabnya terhadap anak2nya sendiri. Mungkin pada saya yang lelaki apabila sudah mencapai umur dewasa dan sudah boleh berdikari sera menguruskan diri sendiri sudah sampai masanya untuk seorang ayah melepaskan tanggungjawab terhadap anak lelakinya kerana pada kebiasaannya anak lelaki harus mencari rezeki sendiri untuk dirinya dan masa depan samaada untuk mendirikan rumahtangga dan sebagainya. Ini kerana lelaki mempunyai tanggungjawab yang besar apabila berumahtangga untuk menyara kehidupan anak2 dan isteri.

Tetapi lain halnya bagi anak perempuan, selagi mana dia tidak menikah maka tanggungjawab si ayah lah menanggung segala keperluan yang berkaitan dengan anak perempuannya. Adalah berdosa bagi si ayah jikalau melepaskan tanggungjawab itu sedangkan anaknya masih lagi tidak mampu dan terkapai2 untuk menyara dirinya sendiri. Cuba anda bayangkan, seorang anak perempuan yang masih belajar di universiti hanya bergantung semata-mata pada pinjaman wang ptptn sepanjang tempoh pengajiannya tanpa di beri wang keperluan oleh ayahnya. Dengan yuran pgajian, tmpat tinggal, perbelanjaan harian, belian buku2 pelajaran dan perbelanjaan keperluan yang lain. Pada anda cukupkah??? Cuba anda fikir bagaimana dia menguruskan wang sepanjang tempoh itu..makankah dia?atau terus berpuasa untuk menjimatkan wang???
Kesiankan..belum cukup itu, pabila diminta pada ayahnya ingin sedikit wang untuk perbelanjaan dia menceritakan kepada saya, ayahnya diam dan kdang2 tak bagi duit ataupun lambat. Lalu dia berkata kepada saya, saya sangat jarang meminta wang daripada ayah sebab saya tahu memang susah untuk saya dapat tapi saya hanya minta apabila saya sangat2 terdesak dan memerlukan. Bukan saya nak kata dah terdesak baru cari ayah..tidaak sama sekali!!!!..sebenarnya banyak kali saya dihimpit kekangan kewangan tapi saya cuba atasinya sendiri. Saya bersyukur pada Allah s.w.t kerana Dialah yang membantu saya dan mendengar rintihan saya..saya sangat cintakan Allah,Dia adalah segala-galanya bagi saya.

Bercerita lagi sahabat ini kepada saya..kak, saya nak jadi anak yang solehah..impian saya dari saya kecil lagi kak..tapi entah mengapa kadang2 saya rasa hilang hormat pada ayah sendiri, kak nak tau apa yang berlaku pada saya sama je dengan kakak2 saya..mereka pun tidak ditanggung padahal saya tahu ayah mampu sebenarnya dan abang kakak pun kini sudah ada pekerjaan sendiri dan saya tahu beban ayah makin ringan tapi kenapa ayah seolah2 tiada duit untuk kami. Saya mula sedih mendengar ceritanya dan seolah2 dapat memahami apa yang dia rasa..sabar ya dik,kata saya. Lalu adik itu pun mengalirkan air mata.. dari riak wajahnya, saya dapat membaca apa yang terbuku dihatinya selama ini dan melihat kekuatannya dalam menjalani kehidupan dan saya sebenarnya tidak menyangka dia diuji sebegini rupa kerana selama saya kenalnya dia memang seorang yang happy, suka bercerita, ambil berat, dan dia memang seorang yang baik.

No comments:

Post a Comment