Sunday, August 12, 2012

Tempat keinginan.



Teringin sangat nak menjejakkan kaki di sini...InsyaAllah, ada rezeki akan ku jejak ia..ingin rasanya hampir dengan sang Pencipta..AllahuRabbi!!

Wednesday, July 11, 2012

Perjalananku

Beberapa hari yang lepas saya baca sebuah website yang amat terkenal di abad ini. Seorang remaja muda yang gigih berusaha di dalam menentukan corak hidupnya. Saya tidak mahu bercerita tentangnya tapi apa yang boleh saya katakan adalah saya kagum dengannya serta penulisannya yang sangat bermanfaat pada diri saya.

Di dalam dia menceritakan akan kisah hidup nya saya tertarik dengan kata2nya iaitu:

" Saya bukannya dimanjakan ummi dan abah, minta sahaja, dapat terus. Bukan. Saya dididik untuk berdikari, berusaha sendiri, untuk mendapatkan apa yang saya kehendaki ".

Sungguh...ia amat terkesan pada diri saya..beliau sama saja seperti saya. Walaupun statusnya lelaki tetapi saya perempuan tapi tiada bezanya antara saya dan beliau cuma hala tuju kami berbeza. Saya tidak dimanja oleh sesiapa, malahan dari seawal usia saya sudah mula berdikari sendiri sehingga ke hari ini. Apa yang saya kehendaki, saya mesti usaha sendiri.. saya dididik dengan sebegitu. Walau di dalam kehidupan saya penuh onak dan duri dan kdang kala tersungkur tapi saya kuatkan semangat dan pujuk diri untuk bangkit semula. Saya pujuk diri untuk tidak berputus asa dan hadapi sesuatu dengan tabah dan sabar. Saya mahu jadi seorang yang kuat!! Saya tahu Allah itu sentiasa ada bersama-sama saya dan Dia tahu apa yang terbaik buat diri saya.

Semoga penulisan ini sedikit sebanyak dapat membantu pembaca2 yang membaca blog ini dan semoga kalian dirahmati Allah selalu..Amin.

Asam garam kehidupan

Dalam kehidupan ni, banyak perkara kadang2 yang menyebabkan kita tak perlu untuk mendengar segala tanggapan orang lain terhadap kita..asalkan apa yang kita buat itu selagi ianya tidak bercanggah dengan hukum syarak maka teruskan lah..tak perlu takut dan merasa rendah diri. Kadang2 orang suka memperkecilkan segala usaha kecil yang kita lakukan, dari situ mungkin kita akan terasa hati apabila usaha kita itu orang tak nampak malah diperlekehkan. Banyakkan bersabar, itu ujian Allah kepada kita samaada kita boleh atau tidak untuk menolak segala tanggapan tidak baik seseorang pada kita. Biarkan saja dia dengan pendirian dia, kita tetap dengan pendirian kita kerana orang lain tidak akan memahami pendirian kita. Saya yakin dan percaya setiap apa yang kita lakukan adalah apa yang terbaik buat diri kita selagi ianya tidak bertentangan dengan ajaran Islam.

Waalahualam.

Saturday, July 7, 2012

Jadilah orang yang bertanggungjawab

Setiap orang ada tanggungjawab masing2..maka jagalah tanggungjawab itu dengan jujur dan amanah.
Pada pendapat saya, bila seseorang itu tidak mjaga tanggungjawab tersebut maka orang lain akan hilang hormat dan kepercayaan terhadap dirinya. Ingin saya kongsikan satu cerita yang ianya benar2 terjadi yang mana seorang ayah tidak menjaga tanggungjawabnya terhadap anak2nya sendiri. Mungkin pada saya yang lelaki apabila sudah mencapai umur dewasa dan sudah boleh berdikari sera menguruskan diri sendiri sudah sampai masanya untuk seorang ayah melepaskan tanggungjawab terhadap anak lelakinya kerana pada kebiasaannya anak lelaki harus mencari rezeki sendiri untuk dirinya dan masa depan samaada untuk mendirikan rumahtangga dan sebagainya. Ini kerana lelaki mempunyai tanggungjawab yang besar apabila berumahtangga untuk menyara kehidupan anak2 dan isteri.

Tetapi lain halnya bagi anak perempuan, selagi mana dia tidak menikah maka tanggungjawab si ayah lah menanggung segala keperluan yang berkaitan dengan anak perempuannya. Adalah berdosa bagi si ayah jikalau melepaskan tanggungjawab itu sedangkan anaknya masih lagi tidak mampu dan terkapai2 untuk menyara dirinya sendiri. Cuba anda bayangkan, seorang anak perempuan yang masih belajar di universiti hanya bergantung semata-mata pada pinjaman wang ptptn sepanjang tempoh pengajiannya tanpa di beri wang keperluan oleh ayahnya. Dengan yuran pgajian, tmpat tinggal, perbelanjaan harian, belian buku2 pelajaran dan perbelanjaan keperluan yang lain. Pada anda cukupkah??? Cuba anda fikir bagaimana dia menguruskan wang sepanjang tempoh itu..makankah dia?atau terus berpuasa untuk menjimatkan wang???
Kesiankan..belum cukup itu, pabila diminta pada ayahnya ingin sedikit wang untuk perbelanjaan dia menceritakan kepada saya, ayahnya diam dan kdang2 tak bagi duit ataupun lambat. Lalu dia berkata kepada saya, saya sangat jarang meminta wang daripada ayah sebab saya tahu memang susah untuk saya dapat tapi saya hanya minta apabila saya sangat2 terdesak dan memerlukan. Bukan saya nak kata dah terdesak baru cari ayah..tidaak sama sekali!!!!..sebenarnya banyak kali saya dihimpit kekangan kewangan tapi saya cuba atasinya sendiri. Saya bersyukur pada Allah s.w.t kerana Dialah yang membantu saya dan mendengar rintihan saya..saya sangat cintakan Allah,Dia adalah segala-galanya bagi saya.

Bercerita lagi sahabat ini kepada saya..kak, saya nak jadi anak yang solehah..impian saya dari saya kecil lagi kak..tapi entah mengapa kadang2 saya rasa hilang hormat pada ayah sendiri, kak nak tau apa yang berlaku pada saya sama je dengan kakak2 saya..mereka pun tidak ditanggung padahal saya tahu ayah mampu sebenarnya dan abang kakak pun kini sudah ada pekerjaan sendiri dan saya tahu beban ayah makin ringan tapi kenapa ayah seolah2 tiada duit untuk kami. Saya mula sedih mendengar ceritanya dan seolah2 dapat memahami apa yang dia rasa..sabar ya dik,kata saya. Lalu adik itu pun mengalirkan air mata.. dari riak wajahnya, saya dapat membaca apa yang terbuku dihatinya selama ini dan melihat kekuatannya dalam menjalani kehidupan dan saya sebenarnya tidak menyangka dia diuji sebegini rupa kerana selama saya kenalnya dia memang seorang yang happy, suka bercerita, ambil berat, dan dia memang seorang yang baik.

Sunday, June 10, 2012


ALLAH TAHU APA YANG TERBAIK!!!!!





♥ Berterima kasihlah pada orang yang telah MELUKAI hatimu kerana dia telah membuat hatimu kuat.


♥ Berterima kasihlah pada orang yang telah MEMBOHONGImu kerana dia membuat hidupmu makin bijaksana.


♥ Berterima kasihlah pada orang yang telah MEMBENCImu kerana dia yang mengasah ketegaranmu.

♥ Dan berterima kasihlah pada orang yang telah MENYAYANGImu kerana itulah ANUGERAH TERINDAH dalam hidupmu.

MORAL: ALLAH LEBIH TAHU APA YANG TERBAIK.....

Saturday, May 26, 2012

Sedih...xtau nk diluahkan pada siapa..hanya pada Allah tmpat aku mengadu dan menangis dihadapanNya tanpa diketahui oleh sesiapa pn..hati sedih sgt,aku cuba untuk kuat tp ble ak smakin ingin jadi kuat, air mata pula yang sangat mudah mengalir..suatu ketika dahulu ak sering menangis disebabkan sikap individu tertentu tapi ianya lenyap apabila ak sibukkan diri dengan belajar serta program2 yang diadakan di universiti..tapi sekarang perasaan sedih itu kembali menyapa..diri cuba untuk menghalangnya tapi sungguh diri ini terasa amat lemah..sangat lemah!! YA ALLAH..berikanlah aku kekuatan, tiada lain tempat aku mengadu melainkan mu ya Allah..